Sunday 18 November 2012

BAKTERIA

1.Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.
2.Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk.
3.Bakteria terdapat di udara, di dalam air,di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh badan manusia.
4.Bakteria sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembap dan kotor.
5.Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
6.Kebanyakan bakteria tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu ,sesetengah bakteria boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-birit,sakit kerongkong dan sebagainya.
7.Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.





VIRUS

1.Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat menerusi mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
2.Virus boleh menjangkiti tumbuhan,haiwan dan bakteria.
3.Demam selsema adalah disebabkan oleh virus.Antara penyakit berbahaya dan boleh membawa maut seperti AIDS juga di sebabkan oleh virus.  






PROTOZOA

1.Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria.
2.Protozoa adalah organisma akuatik.
3.Protozoa ada yang berbahaya dan tidak berbahaya





FUNGI

1.Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.
2.Fungi hidup di dalam tanah,pada sampah sarap, di atas organisma lain dan juga pada
   makanan kita.
3.Fungi membiak melalui spora.
4. Contoh-contoh fungi ialah cendawan, kulapuk dan yis(ragi).
5.Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan
    Mikroskop
6.Kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada manusia.Terdapat juga fungi yang
    boleh menyebabkan penyakit.



3 comments: