Info/Tips

JENIS-JENIS MIKROORGANISMA

Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:
a) bakteria
b) virus
c) fungi
d) protozoa

MENJAUHI PENYAKIT BERJANGKIT

1. Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubat.

2. Penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh dicegah melalui kaedah berikut:

a) Membasuh tangan : Basuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh haiwan, selepas menggunakan
    tandas dan sebelum memegang makanan atau sebelum makan.

b) Memasak air : Kebanyakan mikroorganisma mati di bawah suhu yang tinggi. Oleh itu , makanan dan
    minuman mestilah dimasak atau dididihkan terlebih dahulu.

c) Menutup mulut : Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk atau bersin. Ini menghalang
    mikroorganisma dibebaskan ke udara.

d) Menutup luka : Ini untuk mengelakkan luka daripada dijangkiti mikroorganisma berbahaya.

e) Kuarantin : Mengkuarantin pesakit berjangkit.Ini membantu menghalang penyebaran penyakit itu.


5 comments: