Thursday 13 December 2012

Kesan buruk mikroorganisma

1.  Sesetengah bakteria berbahaya kepada manusia.

2.  Mikroorganisma yang berbahaya termasuklah bakteria, virus, fungi dan protozoa. 

3.   Kesemuanya boleh menyebabkan :

      a) penyakit

      b) keracunan makanan

      c)  makanan menjadi busuk dan basi

      d)  pereputan gigi (karies gigi)

4.   Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang kita makan telah dicemari 
   
       mikroorganisma berbahaya.

5.   Keracunan makanan menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.

6.   Spora mikroorganisma seperti bakteria dan fungi di udara yang melekat pada makanan

      menyebabkan makanan menjadi busuk atau basi.

7.   Bakteria dan fungi memperolehi nutrien di dalam makanan dan bahan buangan (toksin) 

      mikroorganisma ini menyebabkan makanan berbau dan basi.

8.   Pereputan gigi disebabkan oleh mikroorganisma. Sisa makanan yang melekat pada gigi

      menggalakkan pembiakan bakteria. Aktiviti bakteria ini menyebabkan pereputan gigi.



PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA

 Bakteria - taun
                    konjunktivitis
                    beguk
                    ruam


Virus       -  AIDS
                    selesema
                    batuk
                    campak
                    cacar air


Fungi      -  kurap
                    panau


Protozoa - malaria   
 
     

Pantun teka-teki

Rehat sebentar, uji minda anda dengan menjawab teka-teki dalam ruangan Pantun 

Teka-teki. Selamat menjawab


Wednesday 12 December 2012

Soalan bahagian B

Dalam ruangan Soalan Bahagian B terdapat beberapa soalan  bahagian B yang boleh 

digunakan untuk menguji kemahiran proses sains (kps) .

Soalan peperiksaan

Soalan peperiksaan yang dipaparkan terdiri daripada soalan objektif dalam ujian-ujian pendek yang boleh 

digunakan oleh guru atau murid sebagai latihan sebelum peperiksaan. Soalan-soalan ini boleh di perolehi

dalam ruangan soalan peperiksaan.

Cara-cara menjauhi jangkitan penyakit

Ketahui cara-cara menjauhi penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma terutamanya 

bakteria dan protozoa dalam info dan tips.

Tuesday 11 December 2012

Kegunaan Mikroorganisma

Kegunaan Mikroorganisma

1.  Mikroorganisma yang berfaedah digunakan dalam pembuatan makanan.

2.  Yis (fungi) membolehkan doh roti mengembang dan menjadikan roti gebu .

3.   Fungi juga digunakan untuk membuat kicap dan tempe.

4.   Sesetengah bakteria menukarkan susu menjadi keju.

5.   Sesetengah bakteria juga menukarkan susu kepada dadih.

6.   Selain daripada itu yis digunakan untuk membuat tapai. Tapai merupakan makanan   
       tradisional yang dihasilkan daripada proses penapaian beras pulut atau ubi kayu.

7.   Bakteria yang terdapat di dalam tanah membantu menguraikan bangkai organisma
      yang mati. Ini membantu menyuburkan tanah untuk pembesaran tumbuhan.

Sunday 18 November 2012

BAKTERIA

1.Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.
2.Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk.
3.Bakteria terdapat di udara, di dalam air,di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh badan manusia.
4.Bakteria sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembap dan kotor.
5.Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi.
6.Kebanyakan bakteria tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu ,sesetengah bakteria boleh menyebabkan penyakit seperti cirit-birit,sakit kerongkong dan sebagainya.
7.Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.





VIRUS

1.Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat menerusi mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
2.Virus boleh menjangkiti tumbuhan,haiwan dan bakteria.
3.Demam selsema adalah disebabkan oleh virus.Antara penyakit berbahaya dan boleh membawa maut seperti AIDS juga di sebabkan oleh virus.  






PROTOZOA

1.Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria.
2.Protozoa adalah organisma akuatik.
3.Protozoa ada yang berbahaya dan tidak berbahaya





FUNGI

1.Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.
2.Fungi hidup di dalam tanah,pada sampah sarap, di atas organisma lain dan juga pada
   makanan kita.
3.Fungi membiak melalui spora.
4. Contoh-contoh fungi ialah cendawan, kulapuk dan yis(ragi).
5.Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan
    Mikroskop
6.Kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada manusia.Terdapat juga fungi yang
    boleh menyebabkan penyakit.