1. Sesetengah bakteria berbahaya kepada manusia.
2. Mikroorganisma yang berbahaya termasuklah bakteria, virus, fungi dan protozoa.
3. Kesemuanya boleh menyebabkan :
a) penyakit
b) keracunan makanan
c) makanan menjadi busuk dan basi
d) pereputan gigi (karies gigi)
4. Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang kita makan telah dicemari
mikroorganisma berbahaya.
5. Keracunan makanan menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
6. Spora mikroorganisma seperti bakteria dan fungi di udara yang melekat pada makanan
menyebabkan makanan menjadi busuk atau basi.
7. Bakteria dan fungi memperolehi nutrien di dalam makanan dan bahan buangan (toksin)
mikroorganisma ini menyebabkan makanan berbau dan basi.
8. Pereputan gigi disebabkan oleh mikroorganisma. Sisa makanan yang melekat pada gigi
menggalakkan pembiakan bakteria. Aktiviti bakteria ini menyebabkan pereputan gigi.
PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA
Bakteria - taun
konjunktivitis
beguk
ruam
Virus - AIDS
selesema
batuk
campak
cacar air
Fungi - kurap
panau
Protozoa - malaria
Thursday, 13 December 2012
Pantun teka-teki
Rehat sebentar, uji minda anda dengan menjawab teka-teki dalam ruangan Pantun
Teka-teki. Selamat menjawab
Teka-teki. Selamat menjawab
Wednesday, 12 December 2012
Soalan bahagian B
Dalam ruangan Soalan Bahagian B terdapat beberapa soalan bahagian B yang boleh
digunakan untuk menguji kemahiran proses sains (kps) .
digunakan untuk menguji kemahiran proses sains (kps) .
Soalan peperiksaan
Soalan peperiksaan yang dipaparkan terdiri daripada soalan objektif dalam ujian-ujian pendek yang boleh
digunakan oleh guru atau murid sebagai latihan sebelum peperiksaan. Soalan-soalan ini boleh di perolehi
dalam ruangan soalan peperiksaan.
digunakan oleh guru atau murid sebagai latihan sebelum peperiksaan. Soalan-soalan ini boleh di perolehi
dalam ruangan soalan peperiksaan.
Cara-cara menjauhi jangkitan penyakit
Ketahui cara-cara menjauhi penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma terutamanya
bakteria dan protozoa dalam info dan tips.
bakteria dan protozoa dalam info dan tips.
Tuesday, 11 December 2012
Kegunaan Mikroorganisma
Kegunaan Mikroorganisma
1. Mikroorganisma yang berfaedah digunakan dalam pembuatan makanan.
2. Yis (fungi) membolehkan doh roti mengembang dan menjadikan roti gebu .
3. Fungi juga digunakan untuk membuat kicap dan tempe.
4. Sesetengah bakteria menukarkan susu menjadi keju.
5. Sesetengah bakteria juga menukarkan susu kepada dadih.
6. Selain daripada itu yis digunakan untuk membuat tapai. Tapai merupakan makanan
tradisional yang dihasilkan daripada proses penapaian beras pulut atau ubi kayu.
7. Bakteria yang terdapat di dalam tanah membantu menguraikan bangkai organisma
yang mati. Ini membantu menyuburkan tanah untuk pembesaran tumbuhan.

Subscribe to:
Posts (Atom)